Pakej PEMULIH | Cara Mohon Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi.
Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta.
AKAN DIKEMASKINI ..