Cara Mohon dan Semak Status Bantuan Musaadah Khaira [Bantuan Khas Covid-19] – PPZ MAIWP
BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ
Bantuan ini khas untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat PKP. Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional [BPN] , tuan/Puan boleh juga membuat permohonan ini.
Syarat kelayakan seperti berikut:
- Golongan B40 pendapatan isi rumah <RM4360 sebulan
- Penjaja / peniaga kecil
- Pekerja dan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji & cuti tanpa gaji
CARA MOHON
Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/
Pastikan anda membaca dulu segala terma dan syarat permohonan.
Berikut antara dokumen yang perlu disediakan:
- Salinan IC
- Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
Langkah-langkah permohonan seperti berikut:
Layari portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/ untuk memulakan permohona tuan/puan.
Permohonan tuan/Puan Sudah Selesai dan Seterusnya akan diproses oleh pihak yang berkenaan
Bantuan akan disalurkan dalam tempoh 7 hari kepada pemohon yang layak.
Untuk membuat semakan samada lulus atau tidak, boleh semak status permohonan Bantuan Musaadah Khairi PPZ di sini.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Facebook Khaira PPZ.
Semoga ada rezeki tuan/puan sekeluarga. MOHON SEGERA!!