Cara Pengeluaran Caruman KWSP Akaun 2 Menerusi i-Lestari
SOALAN LAZIM I-LESTARI KWSP
Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).
Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.
Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.
Bayaran akan mula dibuat pada Mei 2020.
Kenyataan yang diumumkan Oleh PM
KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
“Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei.
“Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen TV, hari ini.
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.
Inisiatif ini yang diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menangani impak penularan virus COVID-19, dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
KWSP menyarankan ahli-ahlinya agar membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses.
“Permohonan secara e-mel dan pos mungkin memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli,” kata Tunku Alizakri.
Menurutnya, ahli-ahli dinasihatkan supaya menggunakan kaedah berkenaan dan tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Dana pencen itu juga menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja.
Untuk maklumat lanjut ahli-ahli boleh mengirim emel ke alamat tertera atau layari laman web, facebook dan twitter KWSP.
-BERNAMA
CARA MEMOHON
Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
Ahli perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
SIAPA YANG LAYAK MOHON?
Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:
- Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
- Berumur bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my | atau Klik Sini
Moga Bermanfaat .