Permohonan i-Sinar KWSP : Tarikh Akhir 30 Jun 2021 Bagi yang belum Memohon

Kemaskini! Tarikh akhir untuk memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021. Oleh itu kepada yang belum memohon, masih ada masa untuk anda. Cara Mohon dan Semakan i-Sinar serta Jadual Pembayaran.

Tarikh Akhir Memohon i-Sinar

Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

Oleh itu, kepada mereka yang masih belum memohon dan ingin membuat pengeluaran Akaun 1, masih boleh berbuat demikian.

Cara Memohon i-Sinar KWSP

Permohonan rasmi i-Sinar hanya boleh dibuat secara online sahaja di Portal i-Sinar  👉 https://isinar.kwsp.gov.my/.

  • 1. Layari Portal rasmi iSinar dan klik PERMOHONAN BAHARU.
  • 2. Pilih situasi anda dengan menjawab YA atau TIDAK.
  • 3. Isikan Nombor MyKad atau MyPR dan Nombor Telefon andn dan klik TERUSKAN.
  • 4. Sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
  • 5. Tetapkan Amaun Pilihan dan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
  • 6. Lengkapkan Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  • 7. Lengkapkan Maklumat Pengurangan Pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.
  • 8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR.
  • 9. Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses.

Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran Isinar akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Sekiranya anda tidak menghantar dokumen yang diperlukan, berkemungkinan besar permohonan anda tidak akan dilayan.

Anda boleh buat temu janji terus di Pejabat KWSP sekiranya tidak boleh muatnaik dokumen secara online.

Permohonan akan dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Kategori Individu Layak Memohon

KWSP memaklumkan terdapat dua kategori pencarum yang layak untuk memohon kemudahan i-Sinar iaitu:

  1. Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
  2. Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Syarat Kelayakan

Bagi kategori 1, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Untuk kategori 2, syarat kelayakan untuk kategori ini adalah pencarum perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu:

  • Slip gaji sebelum atau selepas pengurangan pendapatan.
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Kadar Pengeluaran i-Sinar KWSP

Umumnya, akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kemudahan i-Sinar ini terbahagi kepada dua kriteria iaitu:

  • Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000.
  • Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.

Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.

Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.

Contoh Situasi iSinar

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, sila rujuk jadual dibawah mengenai contoh berikut:

  1. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah
Baki Akaun 1Pendahuluan Bulan PertamaMaksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM4,500Sehingga RM4,400RM4,400
RM10,000Sehingga RM5,000RM10,000
RM70,000Sehingga RM5,000RM10,000

2. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM100,000 ke atas

Baki Akaun 1Pendahuluan Bulan PertamaMaksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM100,000Sehingga RM10,000RM10,000
RM500,000Sehingga RM10,000RM50,000
RM800,000Sehingga RM10,000RM60,000

Prosedur Memohon

Bagi kategori 1, pemohon boleh membuat permohonan i-Sinar seperti berikut:

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
  2. Tiada dokumen sokongan diperlukan.
  3. Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP.
  4. Pembayaran akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori 2, permohonan i-Sinar boleh dibuat seperti berikut:

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
  2. Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 ke 3 minggu selepas pembayaran dibuat.
  3. Pembayaran akan dijalankan sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SEMAK PERMOHONAN ANDA DI SINI => https://isinar.kwsp.gov.my