Cara Daftar Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM

PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE BAGI SESI 2022/2023 SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang ada anak nak masuk Darjah 1 tahun hadapan, dah boleh mendaftar secara online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Mac 2021

Syarat Pendaftaran

  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:

  1. Secara atas talian (online) melalui portal – https://public.moe.gov.my/
  2. Secara manual – pendaftaran di sekolah.

Disini kami kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2022 / 2023 yang dibuka mulai 1 Mac 2021 ini.

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Online

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai 1 Mac 2021.

Pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Online

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Pengguna Baru
  3. Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
  4. Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
  5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
  6. Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
  7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  8. Sila isikan:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  10. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

MOGA BERJAYA!!