Permohonan Bantuan Belia Penjana Kerjaya RM1000
Bantuan Belia 2021 Program Perantisan Penjana Kerjaya RM1000
Bermula tarikh pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja yang termasuk dalam kategori golongan belia, iaitu mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan yang diperkenalkan di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 terkini.
Tujuan insentif ini diperkenalkan adalah untuk memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.
Berikut kami kongsikan beberapa maklumat penting berkaitan dengan Bantuan Belia Penjana Kerjaya yang perlu anda ketahui dengan lebih lanjut.
APA ITU PENJANA KERJAYA 2.0?
Penjana Kerjaya merupakan satu program yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau juga dikenali sebagai PERKESO bagi membuka peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training. Perkara ini juga sekaligus meningkatkan lagi mutu kebolehpasaran dan nilai tambah golongan belia.
BANTUAN PERANTISAN
Berikut adalah insentif yang bakal diterima oleh majikan/perantis melalui program ini:
- Bayaran sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
- Tempoh bayaran yang akan disalurkan adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan yang ditawarkan minimum adalah selama 3 bulan.
- Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan hanya dibenarkan untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja untuk perantis dengan kos maksimum berjumlah RM4,000.
- Pekerja juga secara langsung layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/bantuan
SYARAT KELAYAKAN
Bagi melayakkan golongan belia agar dapat memasuki Program Penjana Kerjaya 2.0, kriteria serta syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
- Berstatus sebagai seorang warganegara Malaysia
- Merupakan belia lepasan sekolah atau graduan yang berusia antara 18 hingga 30 tahun
- Belia merupakan seorang yang sedang menganggur dan masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
- Calon belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun.
SYARAT & KELAYAKAN TAMBAHAN
- Syarikat hendaklah melakukan pendaftaran dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis melalui portal MyFutureJobs.
- Setiap belia perantis yang diambil bekerja oleh syarikat di bawah program ini mestilah membuat caruman dengan PERKESO.
- Majikan secara langsung layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap.
KAEDAH PERMOHONAN
Majikan yang berminat untuk memohon Program Penjana Kerjaya 2.0 boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web PERKESO di pautan berikut: https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
Manakala kepada golongan belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs melalui pautan di bawah.
Baca Juga : Cara Mohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bermula pada 1 Januari 2021 dan berakhir pada 30 Jun 2021 (tarikh tutup).