Semakan dan Permohonan eGtukar Guru 2020
Tawaran Permohonan eGtukar bagi Pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2020, kementerian pendidikan malaysia. Adalah dimaklumkan permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun 2020 dan sesi Januari 2021 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai:
17 Februari 2020 sehingga 27 Mac 2020
Kepada yang ingin membuat permohonan pastikan membuat semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran, sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing
Syarat-syarat umum permohonan eGtukar 2020
- Kementerian pendidikan malaysia (kpm) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
- Kpm tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di kpm
- Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru dg42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Semua jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
- Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.
- Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
Baca Juga : Semakan Wang Tak DiTuntut (WTD)
Laman Web egtukar: https://epgo.moe.gov.my | Mohon Sekarang!!