Permohonan Skim DanaNITA MARA 2021

MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda untuk keperluan modal pusingan dan pembelian mesin.

DanaNITA merupakan pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.
Skop pembiayaan meliputi:
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Asas :
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
Syarat-Syarat Pendaftaran dan Permohonan Pembiayaan :
- No. KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL
- No. KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABITI TERHAD (PLT)
- No. KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN. BHD
- Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.
HAD / TEMPOH PEMBIAYAAN
- Had pembiayaan: RM50,000.00
- Tempoh pembiayaan: 1-10 tahun @ 12-120 bulan
- Kadar keuntungan: 4%
JAMINAN / CAGARAN
- Jaminan
- Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Cagaran
- Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Gabungan kedua-duanya sekali
Atau
- Simpanan Tetap
- Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
CARA PERMOHONAN DANANITA MARA 2021
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sila ikuti langkah berikut:
- Layari https://www.mara.gov.my/
- Pilih E-Perkhidmatan
- Pilih MyUsahawan
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
- Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
- Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
- Hantar permohonan.
Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon.
MAKLUMAT LANJUT
- Hubungi Pejabat MARA Daerah terdekat untuk maklumat lanjut atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/
- Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada infobpn@mara.gov.my atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN).
Baca Juga : Cara Mohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0
