Senarai Terkini Bantuan COVID-19

Untuk makluman, pelbagai bantuan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 telah di umumkan oleh Kerajaan. Berikut disenaraikan bantuan-bantuan yang telah di umumkan :-

1. BANTUAN KHAS PERKESO RM600

PERKESO melalui program pengekalan pekerjaan (ERP) mereka menyediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kesan ekonomi akibat COVID-19.

Bantuan ini hanya untuk mereka yang bergaji bulanan RM4,000 ke bawah sahaja termasuk pekerja sambilan yang mencarum SIP.

2. BANTUAN KHAS AGENSI PENGURUSAN BENCANA [NADMA]

Agensi Pengurusan Bencana atau NADMA pula menyediakan bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. 

3. BAYARAN BALIK PTPTN DITANGGUHKAN 6 BULAN

PTPTN dalam satu kenyataan media memaklumkan kesemua peminjam mereka bakal menikmati penangguhan bayaran balik selama 6 bulan.

Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM750 juta.

4. PEMBERIAN DISKAUN BIL ELEKTRIK

Mulai 1 April rakyat Malaysia bakal menikmati diskaun bil elektrik selama 6 bulan.

Berita ini diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pada 25 Mac 2020.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel; agensi pengembaraan dan pelancongan; kompleks membeli-belah; pusat konvensyen; taman tema; dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Manakala semua pengguna domestik dalam kategori domestik atau rumah kediaman turut menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian dua peratus bagi tempoh yang sama.

5. BAYARAN BALIK MARA DITANGGUHKAN

Selain PTPTN, MARA turut mengumumkan moratorium / penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran (3 bulan) serta pembiayaan perniagaan selama 6 bulan.

MARA turut memberikan diskaun 30% kepada penyewa di premis mereka. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.mara.gov.my atau hubungi MARA Call Center 03-2613 2000.

6. MORATORIUM – PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BANK

Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan.

Moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

7. BANTUAN ZAKAT NEGERI-NEGERI

Beberapa pusat zakat negeri turut mengumumkan bantuan bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

8. BAYARAN BANTUAN JKM DISEGERAKAN

JKM pula mempercepatkan bantuan mereka dari April ke bulan Mac melibatkan 500,000 orang penerima.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dalam kenyataannya berkata, bantuan tersebut sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya melibatkan kos sebanyak RM150 juta.

9. PENGELUARAN CARUMAN KWSP AKAUN 2 – RM500

Kerajaan kini membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2 melalui program i-Lestari KWSP.

Inisiatif ini tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

10. BAYARAN CUKAI LHDN DI BERI PENANGGUHAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan, berikutan kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) untuk menangani impak ekonomi kesan daripada wabak Covid-19.

Akan di kemaskini dari masa ke semasa kerana mungkin akan ada pelbagai lagi bantuan yang akan di umumkan oleh Pihak Kerajaan dalam waktu terdekat. Moga