Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Aktuari atau Sarjana dalam bidang yang sama yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T6 RM2162.01]; atau
Associateship (sehingga 1976) atau lulus semua peperiksaan Kumpulan A (mulai 1977) Institute of Actuaries, United Kingdom atau Associateship Society of Actuaries (USA & Canada) atau Associateship Institute of Actuaries of Australia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T6 RM2162.01]; atau
Associateship (mulai 1977) atau Fellowship (sehingga 1976) Institute of Actuaries, United Kingdom atau Fellowship Society of Actuaries (USA & Canada) atau Fellowship Institute of Actuaries of Australia atau Fellowship Faculty of Actuaries Scotland.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau
Fellowship (mulai 1977) Institute of Actuaries, United Kingdom.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T11 RM2621.21]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tanggungjawab kerja-kerja yang diarah berkaitan semua perkara maklumat kependudukan, perangkaan dan penyelidikan, perkara insurans, pampasan dan keselamatan sosial serta perkara undang-undang amanah, kumpulan wang simpanan dan skim tabung persaraan berpencen.