Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020
Anda ada perancangan untuk pembelian Rumah ? Selain Skim Perumahan Belia BSN MyHome, Anda boleh juga memohon SJKP (Pembiayaan/ Pinjaman Pembelian Rumah Pertama Kos Rendah/ Sederhana/Mampu Biaya Tanpa Slip Gaji) Gaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, usahawan kecil, pemandu teksi, dan pekerja am, berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

Terkini, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% harga belian.

Tempoh pembiayaan perumahan SJKP : 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana yang terdahulu.

Baca Juga : Skim Perumahan Belia MyHome (SPB)

SYARAT KELAYAKAN

> Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas

> Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200 juta yang pertama sahaja).

> Pinjaman bersama dibenarkan. > Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik

> Pembelian rumah kediaman baru/dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan. > Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.

> Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.

> Rekod CCRIS , Klik : https://eccris.bnm.gov.my
( 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini)

> Hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah/sederhana/mampu biaya, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

> SJKP tidak membiaya pembinaan rumah di atas tanah sendiri.


PROSES PERMOHONAN

Proses Permohonan / Pendaftaran Skim Perumahan SJKP

> Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

> Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Ketua Kampung(MPKK), Penghulu, Surat Akuan Pesuruhjaya Sumpah dsb.

> Surat tersebut perlu menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan & purata pendapatan bulanan.

> Dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan.

> Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

> Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti pendapatan bulanan.

> Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

> Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Institusi Kewangan Yang Terlibat :

Affin Bank, Affin Islamic
Agro Bank
Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
AmBank Group, AmIslamic Bank
Bank Muamalat
Bank Islam
BSN
Bank Rakyat
Hong Leong Bank
Hong Leong Islamic Bank
Maybank, Maybank Islamic Info Lanjut Hubungi No. Tel >> 03-2096 5000

Sumber : Semakan.Online

Layari >> http://www.sjkp.com.my  |  APPLY NOW!!