Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM 2023/2024
KEMASKINI!! | Permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM buat calon SPM 2022 DIBUKA dan Tutup pada 20 JUN 2022 : Info Lanjut dan Cara Mohon KLIK SINI
https://www.semakan.online/permohonan-matrikulasi/ | Video Manual Permohonan Disertakan . Good Luck!
Official Telegram
http://t.me/IndexMy [Join Now!!]
Berminat untuk memohon Program Matrikulasi, KPM ? Panduan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Matrikulasi untuk kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM boleh dilakukan secara online.
Syarat Kelayakan Minimum
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM:
Program Dan Jurusan Yang Ditawarkan
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:
A) Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)
B) Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
- Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2021.
Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.
Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.
Jurusan Kejuruteraan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.
Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Jurusan Perakaunan Professional
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Cara Permohonan
Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).
Nota : Pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon
Maklumat Lanjut
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040; atau
- Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my
Baca juga : Panduan Permohonan UPU Online 2020