Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Temuduga dan Tugas Pembantu Tadbir N19
Info ni berkenaan Temuduga Pembantu Tadbir N19.
Mungkin anda terlibat dan mungkin juga
tak terlibat. Jika tak terlibat, bolehlah forward
kan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.
Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?
—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian
dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi
aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
————————–—-
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
————————–—
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
– perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
– perkhidmatan, latihan dan kerjaya
– gaji, elaun dan kemudahan
– faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas
Pembantu Tadbir ni…
Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N19 ni?
Jom ikuti sedikit tips..
1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi
pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas
di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh
kerjanya:
# urus punch kad staff di jabatan/unit
– siapa lewat, siapa MC
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan
rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni
yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada
pembantu tadbir, tak jalan juga operasi
sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.
2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini
bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering
dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan
berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya
berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal
cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya..
Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni.
Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)
3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga
saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan,
adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu
tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah
sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu
tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan
ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum
semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan
berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang
sesuai dengan jawatan ini”.
4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.
Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya
” kenapa awak sesuai untuk jawatan N19 ini dan boleh
membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan
tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin
” Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan
sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud
tersiratnya.
5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan,
ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita
peka dengan hal sekeliling kita atau tidak.
Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan
“1 MALAYSIA”. Study lah.
Untuk Memohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir – Sila Klik Sini
Untuk Senarai Penuh Jawatan Kosong Terkini Klik Sini
MUAT TURUN NOTA RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN PEMBANTU TADBIR N19 KLIK SINI!!
MUAT TURUN NOTA RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN KLIK SINI!!
MUAT TURUN CARA RAHSIA RESUME KERJA KLIK SINI!!
MUAT TURUN CONTOH UJIAN PSIKOMETRIK KLIK SINI!!
One Pingback
Senarai Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 – INDEX.MY
Comments are closed.